Suatu
hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji
buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa
yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan
tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat,
namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada
mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman,
hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk
pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak
hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan
tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah
limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya
kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan
mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya
akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak
Rasulullah SAW.
Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian
seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam
pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan
para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak
berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW, subhanallah.
23.57
Unknown

Posted in
0 komentar :
Posting Komentar